Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada semua pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi maksud perubatan.
Untuk makluman, pada ketika ini Sistem Pelesenan dan Pemonitoran Berkomputer (RADIA) sedang mengalami gangguan teknikal. Usaha baik pulih sedang dijalankan dan mengambil masa untuk kembali beroperasi seperti sedia kala.
Sebarang permohonan lesen dan pendaftaran akan mengambil masa dan dijangka berlaku kelewatan. Maklum balas secara rasmi akan diberikan setelah penyemakan selesai dan tertakluk juga kepada kompleksiti sesuatu permohonan.
Bahagian ini memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai Bahagian ini melalui email di perlesenan_bkrp@moh.gov.my atau di talian 03-8892 4727.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.